Thursday, May 9, 2013

Lara Hati

Fikiran kusut hati lara... Ya Allah permudahkanlah urusan aku...murahkanlah rezeki aku... hanya aku harapan mereka... no matter what,aku nak mereka happy... memang tidak terbalas jasa mereka, namun aku perlukan pertolonganMu ya Allah.. thats the only way yang aku rasa... aku hanya mahu meringankan beban mereka... sudah berpuluh tahun mereka berpenat lelah, sudah tiba masa untuk mereka bersenang lenang... but what shud i do.. rezeki aku setakat ni je buat masa sekarang.. but i wont give up.. zaman sekarang.. belajarlah tinggi manapun, kalau tak ada kabel besar, susah lah harapan... namun,itu bukan alasan... BANGKITLAH AMALINA..... U CAN Do IT...!!

Tuesday, October 2, 2012

kalung hijau

alhamdulillah dengan segala penat lelah selama 3 tahun aku berada di USM penang, akhirnya aku dapat memakai jubah purple beserta kalung hijau dan mortar board..
hari yang paling bahagia dan berharga, 20 september 2012...

Sunday, June 17, 2012

Thanks Allah

Dear Allah, thank you for everything that i have... Terima kasih juga kepada ibu bapa ku yang sedia melayan kerenah anak perempuan dia ini yang sangat nakal dan keras kepala kadang-kadang..tapi, i love both of u.. Terima kasih juga mak dan ayah kerana banyak menghabiskan masa, tenaga dan wang ringgit di saat aku sedang bertarung nyawa sewaktu aku masih berumur 40 hari..terima kasih kerana tidak merahsiakan saat kepayahan dan kesusahan mu untuk aku..Alhamdulillah, aku masih bernyawa untuk menceriakan keluarga kita walaupun penyakit yang aku hadapi saat itu kritikal..Thank Allah.. Terima kasih kerana menghabiskan banyak waktumu untuk kami adik beradik..

Sunday, May 27, 2012

Friday, May 25, 2012

sorry

sorry for my silence.. aku tidak pernah berniat untuk mengguris hati sahabat aku. tanpa mereka kosonglah hidup aku. disini aku cuma mohon maaf jika ada di antara sahabat aku yang terasa atau tersentuh hati dengan aku tanpa aku sedar atau di sedari.. apabila seseorang itu diam, banyak maksud yang tersembunyi..mungkin dia ada masalah, dia sakit, atau dia sedang berusaha untuk menahan sesuatu.. Let it go..be happy..^^

Saturday, May 19, 2012

Hati

Walaupun hati tak mampu bertahan.. walaupun hati terpaksa menanggung keperitan.. walaupun hati berkata tidak.. walaupun hati selalu disakiti.. walaupun hati merasa terpaksa.. Namun hati ini belajar memaafkan.. Memaafkan itu lebih baik daripada berdendam kerana dendam itu hanya akan menambah kesakitan yang sekian tercalar..

Thursday, April 19, 2012

Maafkan sahaja..!!

Jika kita mendengar kata – kata yang tidak patut dari kenalan kita atau kita ada terbaca tulisan yang memburukkan diri kita, maka berikanlah kemaafan. Apabila ada seseorang mencemuh diri kita, mencaci kita, mengejek kita, merendahkan kita, serta menyakiti kita, maka maafkanlah mereka.

“Huh, maafkan sahaja?mudahnya cakap macam tu?”

“Mengapa kita mesti memberi maaf atas seluruh kejahatan ini? apa manfaatnya?”
Allah menjawab:

“..hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu; tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan ingatlah Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani”. (An-Nuur 24 : 22)

Surely, kita suka kan bila kita lakukan suatu kesilapan dan orang itu memaafkan kita dan kita pasti lebih suka kan bila Allah memaafkan segala kesalahan kita yang tidak terkira banyaknya. Jadi, mengapa kita pula yang tidak mahu menjadi seorang pemaaf? adakah diri kita tidak pernah melakukan sebarang kesilapan yang memaksa kita untuk memohon maaf. Adakah kita tidak pernah menyinggung mana – mana hati sepanjang hidup kita, adakah kita tidak pernah menyebabkan seseorang merana, menangis, dan kecewa kerana tindak tanduk kita? jika benar anda tidak pernah menyakiti atau menyebabkan hati mana – mana insan tersinggung dengan tindak tanduk anda, saya ucapkan tahniah ! jika tidak, mari kita muhasabah bersama. Apakah adil kita hanya mahu orang memaafkan kita sedangkan diri kita begitu liat untuk memaafkan ?

Sebenarnya, bila kita menjadi seorang yang pemaaf, kita sendiri yang akan berasa begitu tenang dan nyaman dengan kehidupan kita. Kehidupan kita bakal tidak terusik sedikit pun dengan hasad dengki yang berlarutan yang bakal membuat hati gelisah dan tidak tenteram. Kita sebenarnya beruntung, disaat diri kita memberi maaf kepada seseorang, kita tidak lagi akan menemukan hati kita dengan suasana yang keruh, resah, sengsara, dan sedih. Malah, kita telah membuktikan bahawa diri kita ini sebenarnya mempunyai sifat kesabaran yang tinggi.

segumpal daging bernama hati...^^

Saat kita menempuhi onak duri dunia, ya mungkin ada kalanya, kesedihan itu terus memanjat-manjat di dasar hati lantaran ada dugaan yang memedihkan dan mengusik ketenangan jiwa. Air mata seakan bersedia mahu keluar agar tidak terus berombak di kolam hati. saat itu mungkin sabar tidak dikenali lagi. Dalam terharu, air mata tumpah juga, mengalir deras mengeringkan derita. Kemudian ada sedikit ketenangan mula menyusup membalut lara, sinar-sinar harapan menampakkan cahaya menyuluh jalan yang lebih bahagia. Keyakinan seakan tumbuh dari sokongan dan kesedaran, wajah mula tenang dan senyuman mudah terbentuk. Cerialah diri. Suka duka, sedih gembira bagaikan silih berganti. Wahai hati, ingatlah diri kita ini tidak hidup abadi. esok, lusa, mana tahu kita akan mati.

Tuesday, April 3, 2012

bukan milik kita

Tidak ada PERATURAN dalam dunia ini jika kita suka pada seseorang, seseorang itu KENA suka pada kita balik..ada jodoh, adalah..jika tidak ada jodoh, BERKAWAN saja..Allah janjikan bahagia itu untuk semua...

Jangan letakkan seseorang itu HAK MILIK kita selagi tiada ikatan AKAD NIKAH belum terpatri dalam hubungan.. Semuanya terletak pada KETENTUAN Allah..berdoa sahaja jika benar-benar MENGHARAPKAN...^^

Monday, April 2, 2012

saya minta maaf..^^


Ungkapan MAAF mampu MENYEJUKKAN HATI yang sedang panas..mampu MENDAMAIKAN JIWA yang sedang resah gelisah..mampu MENGHILANGKAN segala rasa tidak puas hati, segala marah yang terbuku di kalbu..kemudian akan HILANG, insyaAllah..

Jadilah insan yang PEMAAF bagaikan baginda Rasulullah SAW, BELAJARLAH untuk menjadi orang yang TERLEBIH DAHULU memohon maaf walau bukan diri yang bersalah, belajarlah untuk menjadi insan yang sentiasa MERENDAH DIRI..

p/s : Saya minta maaf..untuk mereka-mereka yang pernah saya TERGURISKAN HATI, TERKASAR BICARA, TIDAK TERTUNAI HAK-HAK sebagai saudara seagama..maafkan saya yang HINA dan LEMAH ini..

Dan insyaAllah, segala bentuk kesalahan yang pernah dilakukan pada saya, dengan rasa rendah dirinya, saya MAAFKAN..saya manusia biasa, yang SENTIASA melakukan salah dan silap..dengan Allah pun selalu buat silap apatah lagi dengan manusia biasakan? Tapi saya CUBA, cuba menjadi insan yang LEBIH BAIK dari hari sebelumnya, biiznillah..♥♥