Friday, November 19, 2010

dah 20 tahun

yeay..dh sampai 19 november....dah 20 tahun aku kat dunia ni...adakah selama aku hidup di dunia ini diredhai Allah??

terima kasih kepada mak ayah saya..tanpa mereka,mesti saya tiada di dunia ini...
saayaaanngg kamu berdua...

Wednesday, November 17, 2010

17nov bersamaan 11zulhijjah

esok dah nak raya...
tapi aku still kat usm perlu menghabiskn sisa-sisa waktu bersama buku-buku...
ini adalah kali kedua aku sambut ari raya haji di perantauan, tetapi buat pertama kali sambut raya di usm..perasaan sedih memang tetap ada..namun,hanya kawan-kawan yang menjadi pengubat kesedihan untuk beraya esok hari...
aku percaya,kawan-kawan aku juga sedih kerana tidak dapat sambut hari raya bersama keluarga, sabarlah kawan-kawan semua...
kita masih ada perjuangan yang belum selesai.....!!!!

Tuesday, November 16, 2010

ibu bapa aset dlm kehidupan kita

”ibu ayah yang tua bukan beban dalam kehidupan di dunia, lebih-lebih lagi dalam kehidupan di akhirat. Mereka bukan ‘liabiliti’ tetapi sebenarnya aset untuk kita (walaupun istilah itu sebenarnya kurang atau tidak tepat kerana ibubapa bukan benda). Rugi betul siapa yang mempunyai ibu bapa yang telah tua tetapi mengabaikannya. Memberi kepada ibu bapa hakikatnya memberi kepada diri sendiri."

Saturday, November 13, 2010

aku mengejar target

alhamdulillah..sudah 2 paper lepas..kedua2 nya aku berpuas hati..alhamdulillah yaAllah,dengan berkat doa ibu bapa dan sahabat-sahabat semua...aku ingin mencapai target ku..aku masih perlu berjuang untuk 3 paper lagi..doakan saya...

aku mengejar target...!!
harap-harap dapat dikejar....

Thursday, November 11, 2010

6 pesanan buat diri kita

1. Jaga solat pada awal waktu. Kalau datang haid sekalipun jika tidak dapat solat, kena duduk atas tikar sembahyang supaya anak tidak lihat kita meninggal solat.

2. Hidupkan Bacaan Hadis Nabi saw di rumah dengan keluarga. Dianjur baca Hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zaman Nabi saw sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yg soleh yg mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia/akhirat.

3. Baca Al Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat. Kalau tak mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan mencium Al Quran dan muhasabah 'Ya Allah, apa dosa saya hingga saya tak dapat nak baca kitab Mu pada hari ini."

4. Mendidik anak secara Islam. Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa masnun. Iaitu doa seharian Nabi saw saperti doa tidur, bangun tidur, makan dan sebagainya.

5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami. Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari syurga untuk wanita yg hidup sederhana. Setiap titisan air masakan dan basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunan kepada Allah swt atas wanita tersebut.

6. Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah. Seorang isteri yg menggalakan suaminya untuk solat berjemaah di Masjid/Surau akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk solat dia sendiri.

Mudahan-mudahan ulasan ringkas ini bermanfaat. Muzakarahlah bersama teman wanita lain supaya hakikat amalan ini masuk dalam hati kita dan mudah nak amalkan.

rasa kehilangan

20 november 2010,tarikh perkahwinan abangku..

selamat pengantin baru wahai abangku sayang...semoga perkahwinan ini adalah yang pertama dan yang terakhir buatmu serta semoga bahagia dunia akhirat..

aku tumpang gembira dengan perkahwinan mu wahai abang, namun aku tidak dapat menipu diriku..aku sebenarnya berasa sedih kerana tidak lama lagi, mungkin kasih sayang mu akan beralih arah kepada isterimu..kamu adalah orang terakhir yang berkahwin sebelum diriku disunting orang..aku kini hanya menanti...

aku dapat rasakan,sebentar lagi aku akan kehilangan semua abang yang aku ada..kehilangan kerana mereka sudah berkeluarga, kasih sayang mereka akan lebih tertumpu kepada keluarga mereka.. namun,aku masih ada seorang adik lelaki yang masih boleh aku buli...

ketahuilah,walau apa-apa yang terjadi,aku sayangkan mu wahai abang-abangku dan juga keluargaku terutamanya kedua ibu bapaku...aku sanggup 'pergi' dulu kerana aku tidak sanggup berasa kehilangan ibu atau bapa ku..

Friday, November 5, 2010

antara ibu bapa dan kawan

maaf sahabatku..saya rasa ibu bapa amat penting, saya tidak boleh mengetepikan nasihat mereka...

ketahuilah sahabatku, saya juga berasa amat bersalah kerana membuat kamu kecewa..tapi,apakan daya saya tidak berjaya menangani semua ini...

kamu cakaplah apa yang terlintas di fikiran kamu, tapi saya tetap tidak boleh membelakangkan ibu bapaku..

tapi, saya mengaku saya bukannya anak yang baik sangat..memang tipulah kalau saya tidak pernah melanggar cakap diorang..tapi,restu ibu bapa amat penting...

maaf sangat2 kawan-kawan...
harta itu sudah di amanahkan ibu bapa saya kepada saya..saya kena jaga amanah mereka..

kadang2 saya rasa tidak boleh ikut semua kehendak kawan-kawan...
kadang2 saya rasa saya pentingkan diri...tapi,saya tak boleh ikut kehendak itu...
saya keliru......

exam fever

when studying becomes a burden,
then revision is stressful,
when we feel like giving up
and not study for our exams,
remember these 2 verses :
1. Allah doesn't burden us with things that we cant bear(2:286)
2. Verify with every difficult,there is relief(94:6)

Wednesday, November 3, 2010

study week

sudah masuk hari yang ke-3 dalam minggu mengulangkaji..
aku berharap sangat semester ini aku akan mendapat result yang cemerlang berbanding semester2 lepas...
ini adalah kerana,semester ini subjek yang aku ambil tidaklah terlalu banyak bebanannya berbanding semester lepas..sem ni 21 unit,sem lepas 22 unit..
inilah peluang aku untuk mendapat result yang membanggakan untuk diri sendiri..
aku pernah dengar..."tengoklah,kami setiap sem dapat dekan..."
tapi,aku fikir.."bolehke dengan subjek2 yang aku amik ni nak dapat dekan berbanding dengan diorg?"..."tambahan,diorg pandai..."
kadang2 aku pun konfius..
tapi,asalkan aku sudah berusaha,aku akan berpuas hati dengan apa2 pun keputusan yang telah aku terima ataupun akan d terima nanti..yang penting,aku akan menghadiri hari graduasi aku bersama2 dengan teman2 yang lain..

Allah sentiasa ada..Allah Maha Mengetahui...