Wednesday, May 11, 2011

menghitung jam

alhamdulillah aku berjaya habiskan hari ke3 praktikal di loji rawatan air...hari ke2 dan ke3 aku ada buat keje sikit...aku diberi peluang memeriksa mangenese,iron,alum,turbidity,pH water...dapt la aku main-main dengan ascorbic acid,iron reagents dan sewaktu dengannya...hari ini aku juga ditugaskan memasuk data-data air rawat,air mendap dan air mentah ke dalam sistem..hilangla kebosanan aku kejap..tapi,kejap je dah siap...bila petang menjelma,tambah pulak dengan perut kenyang,mengantuk la jawabnyer...sempat la aku lelapkan mata di bilik kosong...keje aku adalah menghitung jam tuk balik..sangatla lambat masa berjalan...

Monday, May 9, 2011

hari pertama membosankan

alhamdulillah aku berjaya mendaftarkan diri sebagai pelatih di syarikat air kelantan sdn bhd...semuanya berjalan lancar..cuma satu perkara yang ada di sini tapi mungkin tiada di tempat lain...mesti pembaca post ini ingin mengetahui bukan??

belom pernah lagi seumur hidupku aku menjumpai mana-mana syarikat atau jabatan yang mewajibkan kakitangan mereka mendengar tazkirah agama pada setiap minggu..di syarikat ini,pada setiap hari isnin,mereka mewajibkan setiap staf menyertai kuliah agama di masjid berdekatan..aku pon sempat la mengikuti tazkirah pagi tadi sebelum aku di beri leteran panjang oleh pengurus jabatan..

pada jam 0930H,selepas tazkirah...aku bersama seorang lagi budak praktikal di beri leteran panjang tentang syarikat..satu lagi benda aku jumpa,si budak praktikal sorang ag ni lelaki...ktrg punya no belakang i/c tu yg memeranjatkan...
aku punyer : 03-5728
dia punyer : 03-5729

selepas itu,kami d kehendaki melapor diri di loji masing2,aku punyer loji adalah loji rawatan air kg.puteh..dengan senang hatinyer aku pergi melapor kat penyelia di loji...aku ingatkan tugas aku mencabar,tapi sangaaatlah membosankan....air di loji hanya akan diperiksa pH,turbidity,iron,alum pada setiap 4 jam...pada masa renggang itu,aku hanya jadi minah tunggu meja...semua pekerja di loji adalah lelaki...arrgghh,lagi la membosankan aku....

hari pertama sangat membosankan,tapi kita tunggu hari2 kemudian plak...cmner aku nak hadapi kebosanan selama 3 bulan di sana???

Thursday, May 5, 2011

tahun 2 berakhir

alhamdulillah..aku dan kawan-kawan berjaya menghabiskan perjuangan kami hingga ke titisan dakwat yang terakhir sebelum masing-masing pulang ke rumah untuk meneruskan aktiviti-aktiviti sendiri...

segalanya berjalan lancar...barang-barang pun dah siap di masukkan ke dalam stor...bertapalah barangku di dalam stor..4 bulan akan datang akan ku jemputmu masuk ke dalam bilikkku,tetapi ku tak pasti kamu akan masuk bilik lama atau kamu akan bertemu dengan dinding simen yang baru...

maka,akan berangkatlah aku esok ke kampung halaman yang sudah lama aku rindui...selama berbulan-bulan aku hidup sebagai perantau di bumi pulau mutiara ini..namun,aku pasti...akan ku rindui saat-saat manis semasa berada di sini..jangan risau,tunggu kepulanganku pada semester akan datang...

kepada kawan-kawan setajianku,aku pasti merindui kamu semua...luv u all...<3

Tuesday, May 3, 2011

kenangan dulu-dulu

kamilah geng b2..hoho

tiba2 teringat kenangan dulu2...
depan Qb penang...^_^


rindunya kehidupan di matrik...

ngee~

Monday, May 2, 2011

titi kerawang waterfall

setelah satu badan kebas2,akhirnya kami sampai...


kamilah geng int23 bkan geng bas sekolah tau...hoho



kali pertama jumpa camera water resistant...^_^




menyelam sambil ambil gambar...besstt...



good job..^_^

Sunday, May 1, 2011

sandaran hati...

lagu itu..lagu kita..lagu kenangan kita...

Yakinkah ku berdiri, Di hampa tanpa tepi
Bolehkah aku, MendengarMu

Terkubur dalam emosi, Tanpa bisa bersembunyi
Aku dan nafasku, MerindukanMu

Terpuruk ku di sini, Teraniaya sepi
Dan ku tahu pasti, Kau menemani

Dalam hidupku Kesendirianku

Teringat ku teringat, Pada janjiMu ku terikat
Hanya sekejap ku berdiri, Kulakukan sepenuh hati
Peduli ku peduli, Siang dan malam yang berganti
Sedihku ini tak ada arti, Jika Kaulah sandaran hati
Kaulah sandaran hati, Sandaran hati

Inikah yang Kau mau, Benarkah ini jalanMu
Hanyalah Engkau yang ku tuju,Pegang erat tanganku,
Bimbing langkah kakiku,Aku hilang arah,
Tanpa hadirMu Dalam gelapnya,
Malam hariku

lagu amalina abdullah + adawiah ahmad
sayang kamu keranaNya...^_^