Sunday, November 15, 2009

ampunkan daku

pada pagi yang dingin dan menenangkan hari ini,
aku megambil kesempatan untuk sujud kepada Illahi
setelah sepanjang beberapa minggu aku mengahadapi ujian dan tarbiah di dunia ini..
aku meluangkan sedikit masa untuk memuhasabahkan kembali diriku..

telah banyak dosa-dosaku kepadaMu Ya allah..
sudah banyak dosaku selama ini Ya Allah..
selama ini aku diliputi dosa-dosaku Ya Allah..

aku bertaubat dan memohon ampun kepadaMu Ya Allah
ampunkan segala dosaku selama ini..
selama ini aku jahil...
aku bertaubat Ya Allah..
terimalah taubatku Ya Allah..

hanya kepadaMu aku memohon dan berserah
tambahkan imanku..
tetapkan imanku..
kuatkanlah imanku..
tebalkan benteng keimananku..
supaya tidak mudah tergoda dengan hasutan musuh-musuhMu
dan nafsu kejahatan yang sentiasa merasuk hamba-hambaMu...

Ya Allah
ampunkan dosa kedua ibubapaku..
dosa sahabat-sahabatku..
dan dosa orang-orang islam..
yang dalam kalangan mereka telah banyak yang leka dengan duniawi..

aku hanya insan kerdil yang menumpang di dunia pinjamanMu ini
aku hanya seorang musafir..
aku datang daripadaMu dan hanya kepada Engkau aku kembali..
pimpinlah hamba Ya Allah..
aku menyerahkan segalanya hanya kepadaMu..

Thursday, November 12, 2009

alangkah indahnya

alangkah indahnya
kulihat seorang muslimah..
dia berjalan
dengan penuh tawada'
langkahnya ibarat
seorang pejuang muslimah
yang tenang,yakin,berwibawa
penuh semangat mujahidah..
di sebalik fizikalnya yang
menggentarkan jiwa-jiwa
bukan getaran nafsu
tapi getaran keinsafan
untuk mengenal ALLAH lebih dekat,
ada sekeping hati yang dipenuhi setiap ruang dan sudutnya
dengan mengingati Yang Maha Esa
ada seulas bibir yang merah bak delima
sedang asyik mengalunkan kalamullah serta zikrullah...
ada sepasang mata yang redup
yang cukup terjaga daripada maksiat..
setiap gerak laku menggambarkan perilakunya yang
lemah lembut dalam tegas..
kasih sayang jelas terpancar pada sinar matanya,bahasa badannya
yang lahir dari hati nurani yang IKHLAS kerana DIA
bibir yang merah sentiasa dihiasi senyuman keimanan,
hikmah serta mutiara-mutiara ukhuwah..
hanya dengan melihat perwatakannya,,
sudah cukup untuk menarik hati-hati yang lalai dari mengingati ALLAH..
aku sangat berterima kasih kepada muslimah ini..
telah menarik hati dan jiwaku..
kembali.,..
alhamdulillah..

matlamat kita

di dunia tempat kita menyemai
akhirnya nanti tempat kita menyerah
beribadatlah bagai kita akan mati
esok hari..
kerana itulah matlamat kita dijadikan

daripadaNya kita datang
kepadaNya kita PASTI pulang

namun..
bekerjalah seolah-olah akan hidup
1000 tahun lagi
demi kecemerlangan diri
dan pewaris generasi nanti

taburlah bakti sebanyak-banyaknya
kepada insan
kembali ke jalan kebaikan
penuh kemanisan...

Monday, November 9, 2009

wahai hawa

wahai hawa...

jagalah pandanganmu
awasilah auratmu
peliharalah akhlakmu
kuatkanlah pendirianmu

andai ditakdirkan
tiada cinta daripada adam untukmu
cukuplah hanya cinta ALLAH
memenuhi dan menyinari
kekosongan hidupmu

biarlah hanya cinta
kedua ibu bapamu
yang memberi semangat
dan hangat kebahagiaan

cukuplah sekadar
cinta adik beradik
serta keluarga
yang membahagiakan hidupmu

wahai hawa..

cintailah ALLAH
dikala susah dan senang
kerana
kau akan memperolehi
cinta daripada insan
yang juga menyintai ALLAH..

Sunday, November 8, 2009

manusia bertopeng

setelah beberapa hari aku balik ke kampung,aku ingin mencoretkan sesuatu disini..banyak berita yang telah dapat aku tangkap semasa pulang ke kampung beberapa hari lepas...apa yang yang telah berlaku ke atas dunia kita sekarang,banyak jenayah yang semakin berleluasa...islam semakin tidak diendahkan,tapi kita perlu memulihkan perkara ini daripada terus berlaku..

perkara pertama yang aku ingin kongsi ialah perkara yang berkenaan dengan amalan syirik..gara-gara seorang gadis yang tidak diizinkan ibubapanya untuk mengahwini seorang ustaz yang sudah lanjut usia,gadis ini telah diseksa dengan kejam..

hal ini telah berlaku sejak beberapa tahun yang lepas,tapi sehingga sekarang seksaan itu masih berlanjutan terhadap gadis tersebut..gadis ini tidak diizinkan berkahwin disebabkan umurnya yang masih muda dan masih bersekolah..

oleh hal demikian,ustaz ini telah melakukan sesuatu terhadap gadis tersebut..perkara yang dilakukan ustaz ini sangat kejam..walaupun bergelar ustaz,tapi hanya zahir pada gelaran nama sahaja..gadis ini telah 'dibuat' oleh ustaz ini..kata orang 'dibuat orang'..

gadis ini akan dirasuk oleh 'buatan' ustaz ini hanya apabila masuk waktu solat..apabila tiba waktu solat,gadis ini akan meronta-ronta dan merasakan seakan-akan ada 'benda' sedang mencekik dia..sangat menyedihkan..aku tidak sanggup untuk melihat penderitaan yang dihadapi oleh gadis ini..

kadang-kadang,'benda' ini juga akan merasuk kakak kepada gadis ini..kakak gadis ini merasa seperti ada 'benda' sedang menikamnya di leher..sampai sekarang perkara ini masih berlanjutan..kenapa perlu menyeksa??

perkara kedua yang aku ingin kongsi ialah satu lagi berkenaan lelaki yang bertopengkan apa pun aku dah tak tahu dah..ini bukan berlaku kepada seorang gadis,tapi kepada seorang budak perempauan..

sangat menyedihkan...kesuciaan budak yang yang tidak bersalah ini telah diragut oleh seorang lelaki yang tidak berperikemaanusiaan..dalam sekelip mata,perkara ini telah menjadi satu titik yang sangat hitam terhadap budak perempuan ini..

perjalanan dia masih panjang untuk merasa kegembiraan di atas muka bumi Allah ini..tapi disebabkan lelaki yang boleh dipanggil binatang ini,hidupnya telah hancur lebur dan berkecai..seumpama sudah tiada makna untuk hidup..dia akan kurang dihargai..Ya Allah,apa yang telah berlaku di muka bumi ini sekarang..

lelaki yang menjadi tempat untuk seseorang perempuan berlindung sudah tidak boleh diguna pakai..bagaikan harapkan pagar,pagar makan padi..sedarlah wahai manusia-manusia,kita masih bergantung kepada Allah..kita akan kembali kepada Allah...

BENAR

katakanlah yang benar
jika ia memang benar
cakaplah yang benar
jika kamu pasti benar
ia adalah benar

sampaikanlah yang benar
kepada seluruh kota
yang pudar
kepada si miskin yang terlantar
kepada si kaya yang tersandar
kepada sesiapa yang masih samar
kepada yang masih terasa sukar

benarkan apa yang benar
biarkan yang sudah benar
betulkan yang belum benar
dikota yang mundur
supaya kembali subur
supaya kian makmur

akhbar yang tersiar
tv dan media massa yang terpancar
suatu wadah yang giat berkisar
untuk kita sampaikan yang benar
benarkanlah apa yang benar
coretlah apa yang benar
ucapkanlah apa yang benar
walaupun tidak dibenar
biarlah kita dipihak yang benar

kepada Yang Maha Benar
kita berserah sebenar-benar
biarlah yang benar
kita benarkan
yang masih belum benar
kita usahakan untuk dibenar
semoga kita tergolong
dalam pihak yang benar
berjuanglah di jalan yang benar...

Sunday, November 1, 2009

kisah unta mematahkan rancangan Abu Jahal untuk membunuh Rasulullah s.a.w

setelah pelbagai usaha oleh kaum Quraisy untuk menyekat dan menghapuskan penyebaran agama islam menemui kegagalan,maka abu jahal semakin benci terhadap rasulullah s.a.w.Kebencian abu jahal ini tiada tolok bandingnya,malah melebihi kebencian abu jahal terhadap rasulullah s.a.w.

melihatkan agama islam semakin tersebar,abu jahal pun berkata kepada kaum Quraisy di dalam suatu perhimpunan,"Hai kaumku!!janganlah sekali-kali membiarkan Muhammad menyebarkan agama barunya dengan sesuka hati.Ini adalah kerana dia telah menghina agama nenek moyang kita,dia mencela tuhan yang kita sembah.demi tuhan aku berjanji kepada kamu sekalian,bahawa esok aku akan membawa batu ke Masjidil Haram untuk dibalingkan di kepala Muhammad ketika dia sedang sujud.selepas itu terserahlah kepada kamu sekalian samada mahu menyerahkan aku kepada keluarganya atau membela aku dari ancaman kaum kerabatnya.biarlah orang-orang Bani Hasyim bertindak apa yang mereka sukai"

tatkala mendengar jaminan daripada Abu Jahal,maka orang ramai yang menghadiri perhimpunan itu berkata serentak kepadanya,"Demi Tuhan,kami tidak akn sekali-kali menyerahkan engkau kepada keluarga Muhammad,teruskan niatmu."


Orang ramai yang menghadiri perhimpunan itu merasa bangga mendengar kata-kata yang diucapkan oleh Abu Jahal bahawa dia akan menghapuskan Muhammad kerana jika rancangannya berjaya,maka akan terhapuslah segala keresahan dan kesusahan mereka selama ini yang disebabkan oleh kegiatan Rasulullah s.a.w menyebarkan agama islam dalam kalangan mereka.

Dalam pada itu,terdapat juga para hadirin di situ yang telah mengira-ngira perbelanjaan untuk mengadakan pesta sekiranya Nabi Muhammad s.a.w berjaya dihapuskan.Pada pandangan mereka adalah mudah untuk membunuh Nabi Muhammad s.a.w yang dikasihi oleh Tuhan Yang Maha Esa serta sekalian penghuni langit.Padhal Allah tidak akan sekali-kali membiarkan kekasihNya diancam dan diperlakukan seperti binatang.

Dengan perasaan bangga,keesokan harinya di sebelah pagi,Abu Jahal pun terus pergi ke Kaabah iaitu tempat biasa Nabi Muhammad s.a.w bersembahyang.Dengan langkahnya seperti seorang satria,dia berjalan dengan membawa seketul batu besar di tangan sambil diiringi oleh beberapa orang Quraisy yang rapat dengannya.Tujuan dia mengajak kawan-kawannya ialah untuk menyaksikan bagaimana nanti dia akan menghempapkan batu itu ke atas kepala Nabi Muhammad s.a.w.

Sepanjang perjalanan itu dia membayangkan bagaimana keadaan Nabi Muhammad nanti setelah kepalanya dihentak dengan batu itu.Dia tersenyum sendirian apabila membayangkan kepala Nabi Muhammad s.a.w pecah dan tidak bergerak lagi.Dan juga membayangkan bagaimana kaum Quraisy akan menyambutnya sebagai pahlawan yang telah berjaya membunuh musuh nombor satu mereka.


Sebaik saja Abu Jahal tiba di perkarangan Masjidil Haram,dilihatnya Rasulullah s.a.w baru saja sampai dan hendak mengerjakan sembahyang.Dalam pada itu,Nabi Muhammad tidak menyedari akan kehadiran Abu Jahal dan kawan-kawannya di situ.Baginda tidak pernah terfikir apa yang hendak dilakukan oleh Abu Jahal terhadap dirinya pada hari itu.


Sebaik-baik saja Abu Jahal melihat Rasulullah telah mula bersembahyang, dia berjalan perlahan-lahan dari arah belakang menuju ke arah Nabi Muhammad.Abu Jahal melangkah dengan berhati-hati,setiap pergerakannya dijaga,takut disedari oleh baginda.


Dari jauh kawan-kawan Abu Jahal memerhatikan dengan perasaan cemas bercampur gembira.Dalam hati mereka berkata,"kali ini akan musnahlah engkau hai Muhammad."


Sebaik saja Abu Jahal hendak menghampiri Nabi Muhammad dan menghayun batu yang dipegangnya,tiba-tiba secepat kilat dia berundur ke belakang.Batu yang dipegangnya juga jatuh ke tanah.Mukanya yang tadi merah kini menjadi pucat lesi seolah-olah tiada darah.Rakan-rakannya yang amat ghairah tadi tercengang dan saling berpandangan.

Kaki Abu Jahal seolah-olah terpaku ke bumi.Dia tidak dapat melangkah walaupun setapak.Melihatkan keadaan itu,rakan-rakannya segera menarik Abu Jahal sebelum disedari oleh baginda.Abu Jahal masih terpinga-pinga dengan kejadiaan yang dialaminya.

Sebaik saja dia sedar daripada kejutan peristiwa tadi,rakan-rakannya tidak sabar untuk mengetahui apakah sebenarnya yang terjadi berlaku."Abu Jahal,mengapa engkau tidak menghempapkan batu itu ke kepala Muhammad ketika dia sedang sujudtadi?"

Akan tetapi Abu Jahal tetap membisu,rakan-rakannya semakin kehaianan.Abu Jahal yang mereka kenali selama ini seorang yang lantang berpidato dan menyumpah seranah Nabi kini tiba-tiba saja diam membisu.

Dalam pada itu,Abu Jahal masih terbayang-bayang akan kejadiaan yang baru menimpanya tadi.Dia seolah-olah tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.Malah dia sendirii tidak menyangka perkara yang sama akan berulang menimpa dirinya.

Perkara yang sama pernah menimpa Abu Jahal sewktu Rasulullah pergi ke rumah Abu Jahal apabila seorang nasrani mengadu kepada baginda bahawa Abu Jahal telah merampas hartanya.Pada masa itu,Abu Jahal tidak berani berkata apa-apa pada baginda apabila dia terpandang 2 ekor harimau menjadi pengawal peribadi Rasulullah.

Kemudian setelah habis mereka menghujani Abu Jhal dengan pelbagai soalan,maka Abu Jahal pun mula bersuara,"Wahai sahabatku!Untuk pengetahuan kamu semua,sebaik saja aku menghampiri Muhammad untuk menghempap batu itu ke kepalanya,tiba-tiba mucul seekor unta yang besar hendak menendangku.Aku terkejut kerana belum pernah melihat unta yang sebegitu besar seumur hidupku.Sekiranya aku meneruskan niatku,nescaya akan matilah aku ditendang oleh unta itu,sebab itulah aku berundur dan membatalkan niatku."

Rakan-rakan Abu Jahal berasa amat kecewa mendengar penjelasan itu,merka tidak menyangka orang yang selam ini gagah dan beria-ia hendak membunuh Nabi hanya tinggal kata-kata sahaja.Orang yang selama ini diharapkan boleh menghapuskan Nabi dan pengaruhnya hanya berupaya bercakap seperti tin kosong saja.

Setelah mendengar penjelasan dari Abu Jahal yang tidak memuaskan hati itu,maka mereka pun berkata kepada Abu Jahal dengan perasaan kehairanan,"Ya Abu Jahal,semasa kau menghampiri Muhammad tadi,kami memerhatikan engkau dari jauh tetapi kami tidak nampak akan unta yang engkau katakan itu.Malah bayangnya pun kami tidak nampak."

Rakan-rakan Abu Jahal mula sangsi dengan segala keterangan yang diberikan oleh Abu Jahal.Mereka menyangka Abu Jahal sentiasa mereka-reka cerita yang mengarut itu,mereka hilang kepercayaan terhadapnya.Akhirnya segala kata-kata Abu Jahal mereka tidak berepa endahkan lagi.

jadi,marilah kita sama-sama menegakkan dan menyebarkan agama islam.Allah sentiasa bersama dan membantu hambaNya...