Wednesday, July 28, 2010

orang yang manis senyuman

Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia berucap "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun."Kemudian berkata,"Ya Rabb, Aku redho dengan ketentuanMu ini", sambil...mengukir senyu-man. Maka berbaik hatilah dan bersabar.... .......

kerisauan melanda

maka bermulalah perjalanan aku dalam latihan pada hari ini...

dengan itu juga,maka bermulalah kerisauan aku untuk mengurus masa...antara study,latihan ko-k,komitmen dengan pusat pengajian,komitmen dengan persatuan...

memang susah untuk memberi sepenuh komitmen terhadap semua..sudah pasti salah satu antara perkara tersebut akan sedikit terabai..tapi,aku tidak boleh terus mengabaikannya..

banyak majlis yang terdekat yang perlu aku uruskan..malam mesra,exhibition convex env tech,konsert inspirasi...tapi sudah semestinya pelajaran aku tidak akan terabai seperti semester2 lepas..insyaAllah..hurmmm...

aku perlu bijak menangani semua ini..tapi aku pasti,mesti ada hati yang akan terluka, terguris semasa kerja-kerja untuk majlis2 tersebut berlangsung...

saya ingin memohon maaf jika berlaku sebarang kekurangan komitmen dalam menjayakan majlis tersebut..

Sunday, July 25, 2010

YOU'RE NEVER ALONE

You're never alone, I'm always near,
When your troubled, down or blue.
All you have to do is call me,
I'm always here for you.

It doesn't matter where I'm at,
It doesn't matter when.
When you need someone to talk to,
I'm here to be your friend.

If you need someone to hold your hand,
or a hug to say I care.
If you need a shoulder to cry on,
for you I will be there.

So never think you are a burden,
when the weight gets to be too much.
You might find if look hard enough,
a good friend could be the right touch.

You're never alone, I'm always here,
through the good times and the bad.
I don't like to see you sad,
I'm always here to be your friend.

Thursday, July 22, 2010

syukur..

Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus.

Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya.Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalanyang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat,berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan bersaorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.

Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta
kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu..

“Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?”
(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa tu?)

Perogol tu jawab:

“No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone
of course you will be my victim.”
(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak.
Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..)

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.

p/s : MORAL CERITA INI???

Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Wanita tadi pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga
batas-batas yang ditetapkan Islam.Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan
diriNya.

"...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa
yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya ..."
[Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]

Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan ku...
semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat...
sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA….

semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari
kejahatan syaitan yang di rejam…….

Friday, July 2, 2010

untukmu sahabatku

Orang di sekitar lalu lalang terlihat sibuk dengan urusannya masing-masing. Tak ada kata sapa yang mencipta senyuman.Hanya diam.
Handphone tetap pada tempatnya tak bergeser.Layarnya gelap.Tak ada yang memanggil atau mengirim SMS.Mulai jenuh.
Mungkin tak sedikit dari kita yang pernah mengalami kejadian seperti ini.Merasa suntuk dengan kesendirian.
Suatu keadaan dimana kita memerlukan teman sebagai pendamping dan pengisi hari-hari kita.
Teman.Kita boleh berteman dengan siapa saja tanpa membezakan status,kaya miskin,pangkat,ataupun martabat.Tapi bagaimana dengan sahabat..??

Sahabat,lebih dari seorang teman...
Ketika kita marah,dia berusaha meredakan.Jika tak memungkinkan bicara,dia sementara diam sampai suasana dingin dan terkendali..
Ketika kita sedang berusaha,dia berikan kesempatan untuk kita memaksimalkan ikhtiar.Baru ketika kita sudah kepayahan,dia hulurkan tangan bantu kita.Bukan karena apa-apa,semata hanya ingin kita kuat dan tak selalu menggantungkan diri sama oranglain.
Ketika kita bahagia,dia tak selalu menuntut kita untuk berbagi dengannya.Diapun turut memberikan senyuman menatap kita.
Ketika kita sedang jatuh,dia kuatkan kita.walau kadang hanya dengan kata-kata,tapi tulus terpancar darinya.Mengukuhkan hati kita dan meyakinkan kita bahwa ada dia yang selalu menyokong kita.

dan... masih banyak lagi yang dilakukan sahabat.. sadar atau tidaknya kita,sekecil apapun sahabat berikan yang terbaik untuk kita..
dengan kerendahan hatinya.. keikhlasan dan rasa kasih sayang pada kita..

sahabat,kau yang selalu dirindu..
dekat jauhnya dirimu,akan selalu di ingatan..

Thursday, July 1, 2010

formula memohon jodoh

Bukan setakat memohon untuk dikurniakan jodoh, peranan doa amat luas dan penting dalam menentukan hala tuju kehidupan seseorang. Baik kehidupan di dunia mahu pun kehidupan di akhirat. Dengan merendah diri dan berdoa seseorang akan dapat mengagungkan kekuasaan tuhan dan menyedarai kelemahan diri sendiri. Seterusnya meletakkan satu pengharapan kepada tuhan dalam mencapai cita-cita.

Di dalam surah Al-Baqarah, ayat 186, Allah telah berfirman, “..Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. ”

Firman Allah lagi di dalam surah Ghafir ayat 55, “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.”

Kedua-dua ayat ini menunjukkan Allah menyuruh semua umat Islam berdoa kepadaNya, seterusnya beriman dengan mematuhi perintahNya. Mereka yang tidak memohon sesuatu daripada Allah dikategorikan sebagai orang yang sombong dan takbur.

Menurut An-Nu’man Bin Basyir, Rasulullah pernah berkata , “Doa itu termasuk ibadah,” lalu beliau membaca ayat 55 dari surah Ghafir seperti di atas.[1] Di dalam riwayat lain, Rasulullah telah bersabda, “Tiada sesuatu pun yang lebih mulia di sisi Allah Azza wa Jalla selain daripada doa.” [2]

Di dalam konteks mencari pasangan hidup, amalan berdoa perlu dimulakan sejak awal. Setelah berniat dengan betul, doa diteruskan secara konsisten sepanjang masa. Mudah-mudahan Allah mempertemukan dengan pasangan hidup yang dapat menjamin kesejahteraan di dunia dan di akhirat.

Berikut merupakan antara 9 petua dari Rasulullah s.a.w. untuk mencapai doa yang mustajab:

1. Anas Bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Doa di antara azan dan iqamat tidak akan ditolak.” [3]

2. Sesungguhnya Rasulullah bersabda: Allah akan turun ke langit dunia setiap malam ketika sepertiga malam yang terakhir, seraya berfirman: Sesiapa yang berdoa kepadaKu, maka Aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan dariKu maka Aku akan mengampuninya. [4]

3. Abu Hurairah meriwayatkan bahwa Rasulullah bersabda, “Tiga orang yang tidak ditolak doanya, iaitu pemimpin yang adil, orang berpuasa ketika dia berbuka dan orang yang dianiaya. Allah mengangkat doa-doa itu ke awan dan pintu-pintu langit dibuka.” [5]

4. Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Aku dilarang membaca Al-Quran ketika sujud dan rukuk. Waktu yang paling dekat di antara hamba dan tuhanNya adalah ketika sujud, maka perbanyakkanlah doa ketika itu.” [6]

5. Hadis Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: “Jika kamu mendengar ayam jantan berkokok, pohonlah kurnia daripada Allah, kerana sesungguhnya binatang tersebut melihat malaikat. Jika kamu mendengar keldai memekik, pohonlah perlindungan daripada Allah dari godaan syaitan, kerana binatang tersebut melihat syaitan.” [7]