Friday, April 29, 2011

insyaAllah...^_^

# Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.

# Oleskan "lipstik berwirid" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis dan ayu.

# Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang lahir dari keikhlasan Iman.

# Pakailah "sabun taubat dan istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.

# Rawatlah rambut anda dengan "Tudung Islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang merbahayakan.

# Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang Tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin Ukhuwwah.

# Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian".

# Bedaklah wajah anda dengan "air Wudhu" nescaya akan sinar bercahaya di akhirat.

Panjatkan kesyukuran kehadrat Allah s.w.t kerana menjadikan kaum hawa yakni perempuan dan memberikan keindahan-keindahan itu. Namun, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan suram, mata akan kelam.

Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat keperempuanan yang dipupuk dengan iman dan ibadah.

Tuesday, April 26, 2011

hanya untukmu

Untuk Muslimatku Yang Indah Dan Comel
Jangan kau huraikan harum rambut mayangmu...
kepada lelaki bukan suamimu..
kerana itu ransangan yang amat pantas menyentuh nurani adam...
maka tutuplah ia kembali
agar dengan itu...
engkau sebenarnya akan lebih kelihatan manis sopan dan mulia...
kadang-kadang di waktu akhir zaman ini
kau perempuan...
sering di anugerahkan kecantikan
untuk menjadi siti yang soleh...
atau sekaligus dengan keayuan itu pula
ia bakal menghancurkan dirimu sendiri...
moga-moga kau perempuan
tidak akan menjadi kelkatu...
yang acap kali kecundang atau patah sayap
serta terbakar sayapnya dek memburu cahaya api...

Lantaran sabda Nabi:
sesungguhnya aku sudah sampai ke neraka
lalu aku dapati kebanyakan mereka yang sedang berbaris
untuk masuk ke dalamnya adalah terdiri daripada
orang-orang kaya dan mewah hidupnya
sewaktu di dunia dahulu
dan paling ramai isi neraka itu ialah
KAUM PEREMPUAN

Saturday, April 23, 2011

kembalikan kekuatan jiwaku

buat pertama kalinya aku merasa amat takut untuk tidur..ini adalah gara-gara mimpi ngeri yang aku alami sama dengan perkara yang pernah berlaku sejak beberapa hari ini..mimpi jadi realiti??

aku tidak sanggup untuk kembali lena pada waktu malam kerana mungkin mimpi itu akan kembali dalam benak fikiranku..

perkara yang menakutkan aku adlah jika mimpi tersebut menjadi kenyataan..mungkinkah??
aku mohon kepadaMu ya Allah,minta di jauhkan semua itu..ya Allah, aku berlindung denganMu drp segala kejahatan..

mimpi ini sering menghantui aku..membuatkan aku lemah..tak pernah aku rasa selemah ini..
apakah hikmah d sebalik mimpi ini???kenapa terjadi pada waktu kritikal ini??waktu aku perlu fokus kepada peperiksaan..

bantulah..bantulah aku hilangkan mimpi ini..kembalikan kekuatan jiwaku..

Thursday, April 21, 2011

environmental, my responsibilities

Environmental engineering is the application of science and engineering principles to improve the environment (air, water, and/or land resources), to provide healthy water, air, and land for human habitation and for other organisms, and to remediate polluted sites. It involves waste water management and air pollution control, recycling, waste disposal, radiation protection, industrial hygiene, environmental sustainability, and public health issues as well as a knowledge of environmental engineering law. It also includes studies on the environmental impact of proposed construction projects.

Environmental engineers conduct hazardous-waste management studies to evaluate the significance of such hazards, advise on treatment and containment, and develop regulations to prevent mishaps. Environmental engineers also design municipal water supply and industrial wastewater treatment systems as well as address local and worldwide environmental issues such as the effects of acid rain, global warming, ozone depletion, water pollution and air pollution from automobile exhausts and industrial sources.

bumi menjadi saksi

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w membaca ayat ini: Yang bermaksud:
Pada hari itu bumi menceritakan beritanya. Kemudian baginda bertanya: Adakah kamu tahu apakah yang akan diberitahu oleh bumi itu nanti? Para sahabat menjawab: Allah s.w.t. dan RasulNya yang lebih mengetahui.

Baginda s.a.w. bersabda:

"Sesungguhnya berita yang akan disampaikan oleh bumi ialah bumi menjadi saksi terhadap semua perbuatan manusia, sama ada lelaki ataupun perempuan terhadap apa yang mereka lakukan di atasnya. Bumi akan berkata: Dia telah melakukan itu dan ini pada hari itu dan ini. Itulah berita yang akan diberitahu oleh bumi." (Hadis riwayat Imam Tirmizi).

Kesimpulan Hadis:

1- Dorongan supaya melakukan amalan soleh dan menjauhkan diri dari melakukan maksiat.

2- Kemampuan Allah s.w.t menjadikan benda-benda yang keras dapat bercakap di mana bumi akan memberi saksi terhadap setiap perkara yang berlaku.

3- Larangan keras terhadap orang yang melakukan maksiat, walaupun dia jauh dari pandangan orang lain tetapi bumi tetap akan memberi saksi di hadapan Allah s.w.t yang menjadi hakim di hari kiamat kelak.

Wednesday, April 20, 2011

oh si cantik..

Fitrah manusia menyukai kecantikan dan inginkan kecantikan. Cantik itu adalah anugerah. Namun, percaya atau tidak, cantik itu juga sebenarnya merupakan satu ujian. Tetapi perlu diingat bahawa cantik itu adalah amat subjektif.

Barangkali ada yang memiliki wajah cerah dan licin tetapi tidak nampak seri, barangkali ada pula yang gelap dan biasa sahaja tetapi begitu manis dipandang.

Cahaya iman mungkin?

Berbalik kepada tajuk. Cantik adalah ujian. Mengapa begitu?

Cantik sebagai anugerah

1. Meningkatkan rasa syukur
2. Keyakinan diri tinggi
3. Sedap mata memandang
4. Maintanance rendah (sepatutnya)
5. Apabila dikecapi apabila sebelumnya biasa-biasa

Si cantik yang mempunyai wajah licin bersih, pastinya akan bersyukur kerana tidak perlu berat kepala memikirkan bagaimana untuk mengatasi masalah kulit sekaligus mengurangkan kos perawatan muka dan sebagainya. Begitu juga akan membolehkan si cantik yakin melangkah.

Dan paling boleh dianggap sebagai anugerah sekiranya mereka yang boleh dianggap biasa sahaja sebelum ini, kini dianugerahkan dengan rupa paras menarik. Pasti ramai yang mula tertarik.

Cantik sebagai ujian

1. Dijadikan bahan komersial
2. Disayangi hanya kerana rupa
3. Menimbulkan riak dalam hati
4. Apabila nikmat cantik ditarik sekelip mata

Si cantik biasanya menjadi pilihan untuk melariskan pelbagai produk di pasaran. Tidak kira bagi pengiklanan produk kecantikan, produk kesihatan hatta produk deodorant lelaki pun menggunakan si cantik sebagai pelaris, tidak semena-mena sahaja deodorant itu perlu diedarkan oleh si cantik sebelum sampai ke tangan si lelaki pemakainya.

Pakaian? Peluk cium usah kira, penambah saham dosa. Oh, tiada kerja!

Si cantik juga seringkali menjadi mangsa jerat cinta si jejaka yang mementingkan rupa semata-mata. Apabila cantik itu hilang, maka hilanglah cinta Sang Pencinta juga. Bukankah itu juga satu ujian? Lebih baiklah mereka yang sederhana paras rupa, yang diyakini disayangi bukan kerana rupa semata-mata.

Riak pula? Seringkali wujud rasa iri hati di kalangan sesetengah individu yang berasa kurang senang dengan kecantikan yang dimiliki orang lain, dan seringkali juga wujud segelintir si cantik rupa yang memandang rendah pada yang lain hanya kerana mereka memiliki aset wajah menarik.

Apa pun, ujian terbesar ialah apabila kecantikan itu ditarik dan hilang sekelip mata. Hilanglah keyakinan diri, hilanglah semangat, dan tidak mustahil hilanglah sebahagian besar mereka yang seringkali menjadi pendamping selama ini.

Kesimpulannya, bersyukurlah dengan apa yang ada kerana semuanya tidak kekal selamanya.

Saturday, April 9, 2011

erti ketenangan

Merenung jauh mereka di sana,
hidup dgn penuh keseronokan dan kgembiraan..
namun,
kita masih tak sedar tentang hakikat
erti kebhagiaan sbenar-benarnya..
ramai org..trslah sangka dgn erti ketenangan..
selalu org mngaitkan ktenangan itu dgn
faktor harta..
faktor kejayaan..
walaupun itu blh mnjadi pnyumbang..
tetapi itu bkan segala-galanya..
betapa rmai org yg berada dlm rumah yg besar..
tidur d ats katil yg empuk..
tetapi dia tidak enak atau lenanya tdk nyeyak..
bahkan ada org yg tdur d pondok buruk..
kdg2 dia lbih lena brbanding kita..
ada org yg berada d hdpannya hidangan yg hebat..
lauk pauk yg bgus..
tetapi lidahnya tdak enak..
lbih enak lagi org yg mkan kdg2 dgn satu dua mata lauk..
tetapi dia lbih sedap dan selesa makannya..
kata Hamka,
"lihatlah bgaimana Allah mmbhgi-bhagikn nikmat"
semua org sgka kalau org itu ada rumah besar,
ada mkanan sedap..
tentulah hdupnya bhagia dan tenang..
BELUM TENTU...!!
tiada siapa mampu mnghalang ketetapan Allah SWT..
jika Allah hendak mmberikan kbhgiaan kpd seseorg..
Dia tdk boleh d than oleh apa2 tgn sekalipun..
jika Allah mnghalang kbhgiaan kpd seseorang,
Dia tdk boleh d hulur oleh apa2 tgn skalipun..
Apabila kita asyik mngeluh setiap kali d tmpa musibah,
ketika kita kena kperitan..
kita rsa kita tdk dpt keluar drpdnya..
tetapi hari ini Allah tlh keluarkn kita dlm keadaan yg baik..
ketika kita d timpa musibah trtentu..
kita kata.."habislah aku..."
tapi usia kita telah brjalan,
kita masih lagi hdup dan makan dan mnikmati kurniaan hdupan ini,
ketika kita kata..
"ya Allah tlonglah aku,ya Allah susahnya ya Allah.."
dan kita lupa kdg2 utk brsyukur,
d atas plbgai ranjang hidup yg telah Allah keluarkan kita drpdanya..
katakanlah,
"cukuplah bg kami ya Allah,Dialah sebaik-baik tmpat d serahkn urusan.."