Monday, March 22, 2010

setelah lama menyepi

setelah lama aku menyepikan diri dari blog ini...kini aku mula untuk merajinkan diri untuk mengulas sesuatu di sini..

beberapa minggu lagi aku dan rakan seperjuangan akan mula menempuhi satu peperiksaan untuk semester2 tahun 1.namun,adakah semua orang sudah mula membuat persediaan untuk menghadapinya??aku pun masih belum pasti..sudah sekian kami hanya sibuk dengan aktiviti kokurikulum,sehingga kadang2 tiada masa untuk mentelaah.kami perlu bertahan untuk lagi satu minggu untuk menamatkan aktiviti ko-k untuk sidang ini,sabarlah kawan-kawanku.ini semua hanya dugaan bagi kita.

minggu ini banyak kuiz dan test akan dijalalankan,aku sangat berharap aku dapat melalui semua itu dengan tenang dan sempurna.kembali kepada matlamat utama datang ke usm..ingat mak dan ayah..ingat jasa dan pengorbanan mereka selama mereka membesarkan kita..bagilah mereka dengan kejayaan kita,biarlah air mata kegembiraan mengalir di pipi kering mereka,jangan biarkan air mata penyesalan dan kesedihan membasahi kulit-kulit muka mereka.

berusahalah kawan2..jangan sekali putus asa..teruskan perjuangan anda di persada ilmu..semoga berjaya di dunia dan akhirat..

No comments:

Post a Comment