Thursday, November 11, 2010

rasa kehilangan

20 november 2010,tarikh perkahwinan abangku..

selamat pengantin baru wahai abangku sayang...semoga perkahwinan ini adalah yang pertama dan yang terakhir buatmu serta semoga bahagia dunia akhirat..

aku tumpang gembira dengan perkahwinan mu wahai abang, namun aku tidak dapat menipu diriku..aku sebenarnya berasa sedih kerana tidak lama lagi, mungkin kasih sayang mu akan beralih arah kepada isterimu..kamu adalah orang terakhir yang berkahwin sebelum diriku disunting orang..aku kini hanya menanti...

aku dapat rasakan,sebentar lagi aku akan kehilangan semua abang yang aku ada..kehilangan kerana mereka sudah berkeluarga, kasih sayang mereka akan lebih tertumpu kepada keluarga mereka.. namun,aku masih ada seorang adik lelaki yang masih boleh aku buli...

ketahuilah,walau apa-apa yang terjadi,aku sayangkan mu wahai abang-abangku dan juga keluargaku terutamanya kedua ibu bapaku...aku sanggup 'pergi' dulu kerana aku tidak sanggup berasa kehilangan ibu atau bapa ku..

No comments:

Post a Comment