Saturday, April 24, 2010

jihad seorang ibu

Wanita, khususnya ibu, juga berjuang dengan bersungguh-sungguh atau jihad. Itulah sebabnya pengorbanan ibu sering diingati sehingga Hari Ibu senantiasa popular.tetapi,kita tidak semestinya mengingati pengorbanan ibu hanya pada hari ibu..

Hadiths menyatakan: Setiap jerih payah isteri di rumah sama nilainya dengan jerih payah suami di medan jihad. (HR Bukhari & Muslim).

Pada dasarnya, Islam telah mengankat darjat wanita, termasuk para isteri atau ibu yang memelihara rumah tangganya.Untuk mendapatkan syurga-Nya kelak, isteri cukup berjuang di rumah tangganya dengan ikhlas. Peluh mereka di dapur dinilai sama dengan darah mujahid di medan perang.

Menjadi ibu di rumah tampak perkara remeh. Padahal, urusan rumah tangga dan mengasuh anak amat mencabar. Ia juga mengandungi kebaikan dan hikmah besar. Di tangan ibulah keperibadian sebuah generasi dipupuk.Pertumbuhan suatu generasi bangsa bermula di buaian. Di tangan ibu pendidikan anak ditanam sejak awal sehingga tampil generasi bermutu untuk berbakti kepada watan, bangsa dan agama.

Dalam Islam, tugas ibu amat besar lagi mulia dan akan dipertanggungjawabkan di akhirat.

Rasulullah s.a.w berpesan: Seorang isteri pemimpin di rumah suaminya dan bila bertanggungjawab atas kepemimpinannya. (HR Bukhari & Muslim).

Sayangnya, banyak wanita kurang senang dengan kegiatan rumah tangga. Mereka lebih bangga bekerja di luar rumah kerana mengutamakan azam berdikari.Meskipun seorang wanita tidak bekerja setelah lulus sarjana, ILMUNYA TIDAK AKAN SIA-SIA. Ini kerana dia akan menjadi ibu sekali gus pendidik bagi anak-anaknya.

Kebiasaan berfikir ilmiah yang dia dapatkan daripada proses belajar di institusi itulah yang akan menjadi pelengkapnya dalam mendidik anak. Seorang ibu memang harus cerdas dan bermutu kerana kewajiban mengurus anak tidak hanya memberi makan minum dan pakai saja.

Ibu perlu dapat merawat dan mengasuh anaknya dengan benar, penuh kasih sayang dan kesabaran. Ibu bak acuan yang menempa anaknya dengan nilai mulia sehingga terhindar daripada unsur sekitar yang merosak akal dan akhlaqnya.

Itulah sebabnya ibu diletakkan tiga darjat lebih tinggi daripada bapa. Di telapak kaki ibu yang solehah ialah syurga anaknya.

sentiasalah berdoa untuk kesejahteraan kedua ibu bapa kita..minta mereka dipanjangkan umur supaya kita masih berpeluang melihat wajah mereka..hormatlah ibu bapamu...jangan sesekali mengguris hati dan perasaan mereka..insyaAllah..

No comments:

Post a Comment