Thursday, October 29, 2009

perjalanan hidupku 1

perjalanan aku mrentasi dunia kurniaan illahi brmula apabila aku dilahirkan ke dunia ini oleh seorang ibu yang sangat penyayang.kelahiran ini adalah kurniaan Tuhan atas perkongsian hidup bersama ayah yang sangat penyabar.aku dilahirkan pada bulan november iaitu bulan tengkujuh pada masa itu.

kelahiran aku di dunia yang amat indah ini disambut oleh seorang bidan di kampung kediamanku.aku mempunyai seorang kakak dan dua orang abang pada masa itu.antara semua adik beradik ku, hanya aku seorang yang kelahiran disambut oleh seorang bidan.adakah mugkin sebab itu perangai aku agak berbeza daripada orang lain??ermmm...aku tak pasti..

selepas lima tahun aku bersama keluarga yang bahagia ini,lahirlah seorang adik lelaki yang akan berkongsi dan menempuh cabaran di dalam keluarga kami.adik aku juga lahir tidak berbidan(lahir di hospital).

selama aku berada di dalam keluarga ini, aku dijaga dengan penuh kasih sayang..aku selalu dijaga oleh abang-abang ku apabila ibu bapa ku keluar bekerja..keluarga kami hanya sederhana,tidak sama seperti keluarga orang lain pada masa itu.namun,keluarga kami amat bahagia dan semua adik beradik aku mendapat pendidikan yang sepenuhnya termasuk pendidikan agama yang selalu dititik beratkan dalam keluarga kami.

aku mendapat pendidikan awal di tadika sekolah.seingat aku,aku berada di sekolah itu selama 3 tahun..ini adalah kerana aku akan mendapat pengawasan semasa ketiadaan ibu bapaku tuk keluar mencari rezeki kurniaan Allah di muka bumi yang luas ini...

pada waktu itu,ayahku pergi membanting tulang empat keratnya di negara orang...negara yang aku pun tak pernah pergi iaitu Singapura..aku juga pernah terfikir kenapa ayahku sanggup pergi jauh2 untuk mencari rezeki untuk keluarganya yang tersayang...

oleh kerana itu,tinggallah ibuku keseorangan dengan anak-anaknya yang boleh dikatakan banyak kerenah..ibuku bekerja untuk mencari sesuap nasi kepada anak-anaknya walaupun dia sanggup berlapar..

selepas tiga tahun aku berada di sekolah tadika,kini aku mula melangkah masuk ke pra sekolah..disana aku mula belajar mengalami pra alam persekolahan..aku hanya setahun disitu dan melangkah masuk ke darjah satu..aku bersekolah berdekatan dengan rumahku begitu juga dengan abang-abang kesayanganku...mugkin disebabkan faktor kos yang rendah,kemudahan untuk kesekolah dan dari segi keselamatan..

aku msih teringat pertama kali aku melangkah masuk ke kelas,aku ditemani oleh abangku...aku berasa seolah-olah aku berada dalam kalangan orang ramai dan aku rasa seolah-olah terkapai...aku hanya akan berdiri di sebelah abangku sehinggalah ada cikgu yang masuk ke kelas dan abangku terpaksa meninggal aku seorang diri di dalam lautan orang...

masa cepat berlalu dan kini aku sudah enam tahun berada di sekolah rendah itu..kini msa untuk aku menghadapi satu pepriksaan yang besar buat pertama kalinya bagi aku..aku sangat2 takut apabila memikirkannya..aku akan fikir apa perasaan ibu bapaku kalau aku gagal disini??aku tak sanggup melihat air mata kesedihan akan membasahi pipi kering mereka..aku hanya berserah kepada Allah...

selama seminggu aku menempuh cabaran peperiksaan..aku boleh dikatakan meminati subjek sains sejak dari kecil lagi..aku boleh menjawabnya dengan mudah setelah semuanya diajar oleh guru-guru yang tidak henti-henti mencurah dan memuntahkan ilmu mereka kepada anak didik nya..

setelah stu bulan aku rasa,,,keputusan pepriksaan UPSR aku akn diumumkan pada esok hari..aku bertekad untuk pergi mengambil keputusan itu pada hari pertama..pada awal pagi aku keluar menuju ke sekolah walaupun pada masa itu keputusan belum sampai..

pada hari itu,semua kawan-kawn aku ditemani oleh ibu bapa mereka sedangkan aku hanya bersendirian...tapi aku sedar...ibuku keluar mencari rezeki....(tiba2 lak aku menangis smbil menulis)...aku tidak kisah,cuma apa yang ada difikranku pada masa itu hanyalah keputusan pepriksaan..kalau aku gagal,mcm mana aku nk berdepan dengan ibuku yang tidak pernah mengenal penat lelah bekerja siang malam...kalau aku berjaya,ya Allah betapa bangganya ibuku...

erm...tepat jam12 tengah hari keputusan diumumkan..aku membiarkan kawan2 mengambil keputusan mereka terlebih dahulu sebelum aku mendapat kekuatan untuk mengambilnya...tiba2 aku berfikir"kau sudah lakukan yg terbaik,jadi kau kena terima kputusan kau ini sama ada baik atau buruk buat kau,,jika kau tunggu lama lagi pun,keputusan yg sudah menjadi hitam putih ini tidak akan berubah lagi"...

dengan penuh keyakinan aku menyebut namaku supaya cikgu boleh mencari slip peperiksaanku..."tahniah"...ini merupakn ayat pertama keluar daripada mulut cikgu pada masa itu untuk aku..aku fikir mungkin dia hanya ingin memerliku dengan ucapan yang ringkas lagi padat itu...

alhamdulillah...aku sangt bangga,,,ucpan yg aku terima itu adalah ikhlas dari seorang cikgu...sebelum sempat kawan2 aku menanyakan kputusanku,aku berjya meloloskan diri untuk pulang ke rumah..

pada masa itu,ibuku tiada dirumah..dia belum pulang menghabiskan kerja yang memang tak pernah habis buatku..aku sangat sedih bila mengenangkannya..aku menunggu kepulangan ibu yang tersayang...mungkin dengan sehelai kertas ini dapat serba sedikit menghilangkan rsa kepenatan apbila dia balik nanti fikirku sendirian...

selepas beberapa jam aku menanti,muncullah satu tubuh yang amat susut dihadapan pintu yang sentiasa tebuka untuk menerima kedatangan sesiapa sahaja...aku melihat,Ya Allah...betapa penat ibuku bekerja...aku menjadi kelu untuk memberitahu dan memberi sekeping kertas ini...biarlah dia rehat sebentar,fikirku...

stu pelukan dan ciuman aku terima sebagai hadiah buatku...ibuku mengalirkan air mata..aku tahu itu merupakan air mata gembira dari seorang ibu...alhamdulillah aku berjaya banggakan dia Ya Allah...aku bersyukur atas segala nikmat kurniaanMu...

No comments:

Post a Comment