Friday, October 30, 2009

perjalanan hidupku 4


setelah seharian aku menimba ilmu di muka bumi ciptaan Allah ini,sekarang tibalah masa untuk aku mencoretkan sesuatu disini sebelum aku memulakan tugas aku sebagai seorang pelajar iaitu tak lain tak bukan adalah belajar..pelajar tugasnya adalah belajar..

setelah aku balik dari kedah,aku mula membelek-belek surat tawaran untuk sambung pengajian ke matrikulasi.aku boleh dikatakan masih tidak boleh menerima hakikat yang aku terpaksa pulang awal dari kem..tapi sudah menjadi suratan takdir..sudah tertulis bagi aku hanya stakat beberapa minggu aku menghabiskan masa di kedah..ada hikmah disebalik sesuatu yang berlaku..

seminggu lagi aku akan mendaftarkan diri di matrikulasi pahang..sebuah lagi negeri yang akan aku jelajahi..aku sangat takut kerana aku agak sukar untuk menerima persekitaran yang baru..setelah semua persiapan telah dibuat,aku dan keluarga bertolak ke pahang sehari lebih awal kerana perjalanan ke sana akan mengambil masa 8 hingga 9 jam..cuba bayangkan berada di dalam kereta selama 8 jam...arrrgghhh,sangat penat..

semasa pendaftaran ke matrikulasi pahang(KMPh),aku ditemani oleh bapa saudara aku yang pernah menuntut disana..dia memperkenalkan aku dengan beberapa orang pensyarah yang agak rapat dengan dia..aku sebenarnya segan dengan tindakannya yang memperkenalkan aku kepada pensyarah dia walaupun mereka bakal menjadi pensyarah aku kelak..hehehehe..

bapa saudaraku yang agak mesra ini juga telah memperkenalkan aku kepada seorang kawan perempuannya..dia sangat baik dan aku bersyukur kerana selama minggu orientasi disana,aku ada seorang kakak yang boleh mengadu jika aku menghadapi sebarang masalah...

disana aku mempunyai 3 orang teman sebilik..seorang berasal daripada kelantan,seorang berasal daripada johor yang rumahnya berhampiran dengan rumah mawi yang poyo tu dan seorang lagi berasal daripada pahang yang berhampiran pula dengan rumah penyanyi yang tersohor,siti nurhaliza taruddin..

kawan sebilik aku semuanya baik-baik dan aku selesa berada di dalam bilik itu..sebelum aku terlupa,kawan sebilik aku yang berasal daripada johor itu merupakan seorang kakak..ini adalah kerana dia merupakan pelajar program 2 tahun..daripada kakak inilah kami bertiga belajar cara untuk hidup di kolej tersebut..dia sedia memberi tunjuk ajar kerana dia pernah mempunyai pengalaman selama setahun disitu..

kawan2 sekelas aku pun boleh tahan gak cuma aku masih tak puas hati dengan kaum adam..mereka sangat pasif didalam kelas sehinggakan kadang2 itu boleh menaikkan kemarahan pensyarah..dengan bantuan kaum hawa jugalah hal2 sebegini dapat dielakkan daripada terus berterusan terjadi..heheheehe

didalam kelas tersebut,ada 2 orang kakak..aku sangat rapat dengan salah seorang daripada mereka kerana bilik kami berdekatan.aku selalu mengulangkaji pelajaran bersama dan aku dengan secara tidak rasminya telah menjadi penghuni kepada bilik kakak ini..nak dijadikan cerita,dalam bilik kakak ini,semua teman sebiliknya adalah kakak-kakak..so bermulalah pengalaman dan memori aku yang sangat aku tak boleh lupakan..kawan2 yang aku sangat rapat di KMPh semuanya ialah kakak...kami bertujuh...hanya aku seorang sahaja yang tersesat memasuki kelompok ini..tapi aku gembira.

keakraban kami mula terjalin semasa cuti krismas pada tahun lalu..kami bertujuh tidak pulang ke kampung seperti teman2 yang lain..semasa cuti itu,kami bertujuh bermalam di dalam satu bilik yang sama..bilik yang mempunyai 4 katil tapi berpenghuni seramai 7 orang..

kami makan bersama,belajar bersama,outing bersama dan tidur bersama...malahan kadang2 tu kami mandi bersama tapi lain2 bilik mandi tau..heheheehe..sangat manis kenangan ini bila diimbau kembali..aku teringin mengulanginya semula bersama dengan kawan2 aku...

apabila ada program,kami pergi bersama..jika seorang yang terlibat secara langsung dan tidak langsung,maka 6 lagi akan turut serta..disitulah bermulanya pengalaman aku untuk menjadi ajk program dan belajar cara menguruskan sesuatu program..aku boleh dikatakan banyak terlibat dengan program sehinggakan seminggu untuk final,aku masih lagi sibuk menguruskan program yang aku sertai..

aktiviti yang paling seronok yang kami jalankan bersama ialah keluar outing!!!aku sangat suka bila time ni..bukan setakat nak enjoy je...hehehehe..kami boleh dikatakan sangat suka outing ke bandar kuantan..cakap je eastcoast mall,kuantan parade,megamall,mydin,kamdar,ape lagi...semua kami telah jelajahi...

jika kami outing tidak sah kalau kami tidak pulang pada petang hari...kami suka keluar pada hari sabtu dan ahad seawal jam 7.30 pg..ini bukan apa,penuntut kolej ini gemar keluar outing,kalau keluar lambat,nanti kena berebut naik bas RAHMAT ALAM...kami keluar pagi2 dan akan pulang semula ke kolej pada pukul 5 ptg paling awal..kalau paling lewat yang pernah kitorang balik adalah pukul 8 mlam..sangat penat tapi sangat menyeronokkan..kami pusing2 bandar,lepak2,makan2 dan kadang2 kami tengok wayang..satu je perkara yang kami tak sempat lakukan ialah main bowling....aarrrrggghhh....nak main bowling...

sehingga habis satu tahun aku disana,aku tidak sempat untuk main bowling di pahang..hanya tinggal impian,tapi mungkin suatu hari nanti akn menjadi kenyataan..siapa tahu kan??

sekarang masa yang amat sedih bagi kami bertujuh kerana terpaksa berpisah untuk mencari haluan masing2 setelah berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlangnya disana..masing2 telah mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran di universiti pilihan sendiri...tapi yang sedihnya,aku berseorangan tercampak di pulau yang kecil ini..kawan2 yang lain ada yang mndapat universiti yang sama..aku agak jeloz tapi nak wat macam mana,aku yang pilih untuk masuk ke universiti APEX ni...aku pun tak faham sangat dengan APEX ni..tapi sangat tak suka bila cakap tentang sesuatu,mesti keluar...kan pelajar apex...arrrggghhhh,tension aku...

walaupun kami bertujuh telah membawa haluan masing2 tuk menimba ilmu yang tak pernah habis untuk dipelajari,namun kami semua masih lagi berhubung..aku sangat2 rindukan seorang kakak yang sangat rapat dengan aku ni..dia tinggal di ipoh,perak..aku pernah meluangkan masa aku dirumahnya semasa cuti..aku sangat ridukan dia dan nak sangat2 berjumpa dengannya...

aku masih lagi mencari masa yang sesuai untuk pergi menghabiskan masa cuti aku di negeri perak...

No comments:

Post a Comment