Friday, October 30, 2009

perjalanan hidupku 3

sebelum aku menyambung mengulangkaji untuk exam yang bakal menjelang,aku ingin mencoretkan perjalanan hidupku bagi siri3 setelah aku telah cuba melawan setan2 yang bergantung kat mata aku ni yang menyebabkan aku terpaksa 'pause' ulangkaji sebentar tadi..

setelah tamat alam sekolah menengah,semua pelajar mencari haluan masing2...termasuklah aku..aku telah mengisi waktu cuti aku dengan sepenuhnya..perkara pertama yang aku buat ialah mengambil lesen memandu..ibu bapaku menggalakkan anak-anaknya berbuat demikian setelah tamat belajar.mungkin untuk kemudahan kita juga di masa hadapan.tempat ujian memandu agak jauh dari rumah kami,dalam setengah jam lebih perjalanan..itu merupakan tempat yang paling dekat dari rumah aku.

aku telah lulus semua peringkat ujian dan buat masa sekarang aku telah memegang lesen memandu P..dengan adanya lesen memandu,aku lebih senang untuk keluar ke bandar sama ada bersendirian ataupun berteman.ibuku tidak menggalakkan sangat anak perempuannya ini keluar bersendirian sekurang-kurangnya adik aku terpaksa ikut sekali walaupun hatinya meronta tak mahu ikut..

satu perkara aku nak cakap pasal kenderaan lebih-lebih lagi pasal moto..ibu bapa aku sangat tidak suka kalau mana-mana anaknya suka berjalan-jalan keliling kampung dengan moto walaupun setiap orang mempunyai moto sendiri..mereka tidak gemar anak-anaknya menunggang moto tanpa motif,maksud aku...kalau tak ada hal,duduk rumah dan tak payah pergi merempit sana sini..

mungkin disebabkan itulah aku lebih suka duduk di rumah daripada pergi keliling kampung tanpa motif..aku hanya menunggang moto untuk ke sekolah,itupun sampai kat stesen bas sekolah aje..tapi aku lebih suka ibu bapaku bertindak sebegitu kerana kita tidak akan membuang masa yang sangat berharga ini dengan sia2..

perkara kedua yang aku buat untuk mengisi masa lapang ialah dengan mengikuti kursus komputer di salah sebuah pusat IT di pusat bandar.aku boleh ke sana dengan senang kerana aku telah mempunyai lesen..inilah keperluannya..aku hanya mengambil msa 2 minggu untuk menghabiskan kursus itu sedangkan orang lain mengambil masa selama sebulan..sebelum ini,abang aku juga turut mengikuti kursus komputer disana jadi bos yang menguruskan tempat itu agak kenal dengan family aku..

bos itu sudah lama memerhatikan aku sehingga pada suatu hari dia meminta agar aku menjadi tenaga pengajar sementara disana kerana dia kekurangan kakitangan..pada awalnya ibuku membantah kerana dia kurang menggalakkan anaknya bekerja jika belum tamat belajar dengan rasminya...aku akur...tapi bos itu mengambil keputusan untuk meminta izin daripada ibuku untuk mengambil aku sebagai pekerjanya..nak buat macam mana,Allah mengizinkan aku untuk mencari pengalaman bekerja di tempat aku belajar..alhamdulillah...

aku bekerja dengan seorang kakak...dia amt baik dan aku menyayangi dia sebagai seorang kakak aku sendiri..maklumlah aku ni ada kakak yg beza umur sangat jauh dan dia sudahpun berkahwin..so aku boleh dikatakan kurang mendapat kasih sayang seorang kakak la kononnya...

aku bekerja dari pukul 8 pg sehingga jam5 ptg...kerjanya tak lah penat sangat kerana kita cuma perlu ajar cara menggunakan microsoft kepada pelajar-pelajar di situ..selama aku bekerja di situ,aku telah memperoleh banyak pengalaman..

sekarang tibalah masa untuk aku mula menjejakkan kaki ke negeri orang..PLKN..aku telah mendapat tawaran mengikuti PLKN di kem d'jelapang,kubang pasu,jitra,kedah...selama ini aku hanya berada di negeri sendiri..sekarang sudah tiba masa untuk aku menghidu negeri luar..aku merupakan peserta siri5 kumpulan2 2008..aku mendapat tempat yang sama bersama seorang lagi kawan sekelas aku masa form5..

sebelum itu,aku berharap dapat sebilik dengan dia apabila sudah sampai di kem nanti,tetapi hanya tinggal harapan kosong macam tin kosong...aku diberikan bilik yang berbeza dan bilik kami agak jauh..aku terpaksa berdikari sendiri..aku memulakan perjalanan di kem itu dengan mencari bilik kediaman aku..

aku diberitahu bahawa kem PLKN itu hanya mengambil peserta dari negeri kelantan dan negeri kedah sahaja..dalam fikiranku,mesti sudah ramai orang kedah kat dalam bilik kerana mereka lebih dengan kem..aku memerhatikan satu-satu papan tanda di setiap blok..SEROJA..inilah tempat yang aku akn tinggal selama aku berada di kem ini..aku mencari pintu masuk,pintunya agak terlindung menyebabkan aku terpaksa pusing satu blok untuk mencari pintu masuk..bila dikenangkan balik,agak kelakar pada masa itu..satu blok aku pusing..hahahaha

aku disambut baik oleh teman-teman sebilik aku..setelah aku menguak daun pintu bilik itu,beg aku terus dijinjing oleh kawan yang berasal dari kedah..aku fikir,mereka sangat mesra dan tidak sukar bagi aku untuk cepat mendapat kawan baru..pada masa itu,telah ramai orang-orang kedah..betullah sangkaan aku...

oleh kerana itu,hanya tinggal katil kosong nun di belakang sana..aku tak kisah asalkan aku mendapat tempat yang elok..disebelah dan dihadapan aku masih lagi ada katil yang belum berpenghuni..masih ada orang kelantan akan masuk ke dalam bilik ini..beberapa minit kemudian tibalah 2 orang untuk menjadi tuan punya katil..aku masih lagi terkial-kial untuk mengemas barang-barang aku almaklumlah itu merupakan pertama kali aku menjejakkan kaki untuk tinggal diasrama tapi bezanya bukan asrama sekolah..

aku memerhatikan orang yang berhadapan dengan katil aku mengemas barangnya..setelah lama aku memerhatikan,aku mendapat teknik untuk mengemas barang jika tinggal diasrama yang mempunyai almari yang kecil dan seketul katil..hehehe..itulah barang kepunyaan kita selama di asrama..

aku sangat seronok selama berada di kem itu..aku masih teringat masa aku mendapat tawaran ke PLKN,aku berat hati untuk pergi..aku tidak nafikan bahwa mula-mula memasuki ke kem itu,kita rasa tidak seronok dan rasa mahu pulang ke rumah..tapi,cuba kalau anda alaminya sendiri,pasti seronok...setelah seminggu aku menahan perasaan untuk pulang,tiba-tiba aku seolah-olah telah bertukar fikiran...aku tak nak balik..ini adalah kerana aku merasakan aku bersama satu keluarga yang sangat besar dan sangat seronok berada di sana...

semasa beradanya di sana,aku terasa aku bebas daripada memikirkan pasal pelajaran kerana disana kita hanya perlu mengikuti aktiviti walaupun kadang2 tu aku terasa amat penat..banyak kenangan yang telah terlukis semasa disana..

kem d'jelapang merupakn kem yang dibina diatas bukit setelah berjaya digondolkan dan tempatnya sangat panas...biasa la kalau tempat macam ni mesti 'keras' sikit..di kem aku tu boleh dikatakan setiap hari terjadi histeria..pertama kali aku dpat tengok dengan mata kepala aku sendiri orang yang diserang histeria..sangat menakutkan..mereka yang pernah diserang histeria pernah menceritakan bahawa mereka nampak 'benda-benda' pelik selalu berkeliaran sehingga dalam surau pun 'benda'tu ada..ada ceritanya pasal ini,tapi aku tak berapa pasti,so tak payah la aku mencoretkan kat sini...

semua kawan2 aku dpat menghabiskan selama 3 bulan di kem itu kecuali aku kerana aku terpaksa pulang awl stelah aku mendapat tawaran untuk meneruskan pengajian aku ke peringkat matrikulasi..aku menangis untuk meninggalkan kawan2 aku disana..aku tak sanggup..semua kawan2 aku memberi semangat untuk aku tetapi aku menjadi semakin sebak sehingga aku menangis teresak-esak..

pada malam sebelum aku pulang ke kampung,kawan2 aku mengadakan satu parti buat aku..aku sangat terharu..walaupun hanya sekejap aku disitu...harap2 dapat berjumpa lagi dengan kawan2 PLKN aku..

No comments:

Post a Comment