Thursday, October 29, 2009

perjalanan hidupku 2

selepas aku terjaga dari mimpi nan indah pada petang yang sangat berkat ini,aku tergerak hati untuk menyambung kisah perjlanan hidupku...pada post yg lepas aku mengenangkan kisah semasa aku masih lagi setahun jagung di alam persekolahan..aku masih mencari-cari dan masih belum cukup matang untuk berdikari..

setelah aku menamatkan alam persekolahan bagi peringkat sekolah rendah,aku memulai kisah hidup baru di salah sebuah sekolah yang boleh dikatakan agak tersohor dalam daerah aku tu.sekolah itu cemerlang dari segi akademik dan juga kokurikulum.

aku bukan nak banggakan diri kerana aku dapat masuk ke sekolah itu..tapi dengan berkat Allah dan usaha ibu bapa aku,aku berjya mendapat tempat di sekolah itu.tapi aku kira sekolah itu biasa sahaja sebagai seorang pelajar bagi aku yang pada masa itu belum boleh berfikiran jauh..bak kata orang berfikir di luar kotak...

pada pertama kali aku memasuki ke form1,macam biasalah..kakandaku yang aku sayang akan sentiasa menemani aku..dia sedia berkorban demi adik perempuannya sorang ini..aku agak segan tapi aku perlukan dia pada masa itu...

pada seawal jam 6.30pg,aku dan abangku keluar tuk menaiki bas sekolah..abangku ingin mengajar cara2 menaiki bas la kononnya..tapi aku bangga kerana seorang abang yang sedang menanti kerja sanggup menaiki bas sekolah menemani adik perempuannya untuk ke sekolah..

sesampainya kami di sekolah,kami mencari2 kelas dan menanti kehadiran guru untuk menguruskan pembayaran yuran..aku macam biasalah,berdiri di sebelah abang dan segan untuk memasuki kelas untuk mencari kawan baru..aku mengakui kelemahan aku ialah aku amat2 susah untuk membuat kawan baru bila aku berada di dalam situasi yang agak baru bagi aku..aku amat2 takut untuk memulakan 'conversation' bila berjumpa orang baru..tapi,aku akan suka apabila ada orang yang memulakan perbualan..itu dahulu...

berbalik kepada kisah aku ini...
semua kelas2 yang akan dimasuki pelajar adalah kelas kosong,kelas yang tidak mempunyai meja dan kerusi yang akan tersedia terpacak di dalam kelas yang tersenggam indah itu..kami terpaksa 'memikul' kerusi dan meja2 dari kelas yang siap sedia menjadi 'stor' pada masa itu..adakah anda tahu apa berlaku??mungkin....

"abang.....akan siap sedia menolong adiknya"...semua kawan2 baru aku sibuk mencari meja untuk mereka menjadikan alat untuk berjuang didalam kelas nanti untuk menerima ilmu yang dicurahkan...

kini sudah terpacak seketul kerusi dan meja di dlam kelas itu yg khas dibwa masuk oleh abangku..setelah beberapa jam,aku sedih bila abangku terpaksa meninggalkan aku di kelas yang agak kosong lagi pada masa itu kerana dia terpaksa pergi ke suatu tempat yang lain...ada urusan la agaknya...

aku terpaksa memberanikan diri...
hari pertama persekolahan berlalu begitu sahaja..aku sempat mengenali beberapa orang kawan sekelas aku..aku berada dalam kelas agama...hanya ada tiga buah kelas agama,kelainannya daripada kelas biasa ialah kami belajr bahasa arab...bahasa yang agak baru bagi aku yang masih mentah ini..

aku sangat seronok melalui detik2 indah bersama rakan seperjuangan aku sehingg tup-tup aku sudah tiga tahun berada disitu dan akan mengalami satu lagi peperiksaan yang amat besar bagi aku pada masa itu..selam dua tahun ini,banyakk kenangan manis yang telah terukir bersma kawan2..

dipendekkan cerita...
selama beberapa minggu(lupa) aku dan kawan2 memerah otak untuk dilakar di atas dibeberapa keping kertas kosong untuk menguji apa yang telah kami belajar selama 3 tahun berada di situ..

alhamdulillah..dengan keputusan yang aku dapat,aku berjaya lagi meneruskan perjuangan di medan persekolahan...ramai kawan2 aku berjaya ke MRSM,hanya tinggal aku dan beberapa orang kawan lagi...keputusan keseluruhan pada tahun ini amat membanggakan sekolah kami..alhamdulillah..

walaupun aku tidak berjaya keluar dari sekolah itu,tidak bermakna yang aku tidak akan berjaya kan??dengan keringat aku dan kawan2 aku yang lain,kami ingin membuktikan bahawa kami mampu 'meletopkan' pencapaian pelajar pada peperiksaan besar yang akan datang walaupun sudah ramai pelajar yang agak cemerlang telah pergi mencurahkan bakti di sekolah baru mereka...

alhamdulillah,keputusan SPM kami tidak mengecewakan pihak sekolah..ramai orang yang berseronok pada hari pengumuman keputusan peperiksaan itu termasuklah aku,hamba yang amat kerdil ini..

sepanjang lima tahun aku bersekolah di sekolah menengah yang agak jauh dari rumah ku ini,dalam 22km agaknya dari rumah..aku tidak pernah menjejakkan kaki ke penjara sekolah iaitu asrama sekolah..aku anggap ia penjara kerana kita terpaksa mengikut apa yang telah termaktub dalam perjanjian2 yang spesifik..kita tidak boleh keluar dari sekolah itu sesuka hati kecuali di hujung minggu..itupun dua minggu sekali...

adakah aku seorang anak yang manja dan tidak boleh berpisah dari keluarga??aku tidak pasti...tapi sebenarnya antara adik beradikku yang lain,aku adlah seorang anak yang amt degil dan suka mengikut kepala sendiri..aku terima semua itu kerana aku sedar diri aku..aku akan berubah sedikit demi sedikit...aku amat alergi apabila ibu menyuruh aku belajar memasak dan menjahit..aku paling tak suka..arrgghhh....ibu bapa ku pernah berusaha untuk memasukkan aku ke asrama,tetapi aku enggan..aku bukan membantah,aku ikut apa yang mereka mahu..mungkin itu adalah yang terbaik bagi aku...mereka pergi berjumpa dengan warden asrama face to face untuk menguruskan tempat aku...aku sudah mengisi borang ke asrama walaupun hati aku membangkang dengan kuatnya..aku terpaksa...

"saya tidak jamin ada tempat kosong lagi"...ayat yang keluar dari mulut warden itu..hati aku sedikit tenang..sememangnya kedua ibu bapaku sudah tahu yang aku tidak sanggup tinggal di asrama..aku sangat happy kerana aku tidak perlu tinggal di asrama sekolah..diantara adik beradik aku,hanya aku seorang yang tidak pernah tinggal di asrama ketika alam sekolah menengah...

begitulah berakhirnya kisah hidup aku di alam sekolah menengah biarpun telah banyak ranjau dan cabaran telah aku lalui....alhamdulillah....

No comments:

Post a Comment